Khamis, 17 September 2015

DEJAVU???

 DEJAVU?? ... Faz want to share about dejavu this time, this is because baru sebentar tadi Faz rasa perkara berkaitan dejavu ni terjadi. Seperti gambar kat atas tu , aku pun bercakap sendiri dah masa tu "benda ni sudah jadilah" ..setelah sedar yang terjadi tu adalah dejavu, tertanya-tanya pula la kenapa dejavu ni boleh berlaku .. So after doing a little research now I know and Faz want to share it looo :D .


Deja vu, yang asal katanya diambil dari Bahasa Perancis, adalah suatu perasaan ketika seseorang mengalami sesuatu yang pernah terjadi sebelumnya. Apakah anda pernah mengalami situasi di mana secara sedar anda mengenal betul situasi itu yang menurut anda telah anda lalui sebelumnya? Apakah anda pernah mengalami suatu situasi di mana anda boleh menjangkakan apa yang akan terjadi selanjutnya dan kemudian hal itu benar-benar terjadi seperti yang anda rasakan telah anda lalui sebelumnya? Jika anda pernah mengalami hal-hal tersebut, itulah yang dinamakan Deja vu.

 Apakah Deja vu itu? Deja vu merupakan peristiwa di mana seseorang merasa yakin telah mengalami situasi baru sebelumnya. Selama mengalami sebuah situasi baru, seseorang merasakan suatu kesamaan dengan sesuatu yang dialami di masa lalu. Seseorang merasa telah melalui hal yang sama baru saja terjadi di masa lalu atau telah melihat hal itu dalam mimpinya. Istilah Deja vu ini pertama kali diperkenalkan oleh Emile Boirac yang merupakan seorang peneliti di bidang psikologi berkebangsaan Perancis. Kebanyakan mereka yang mengalami Deja vu mengatakan telah melihat sesuatu dalam mimpi mereka atau sangat yakin telah melihat itu beberapa waktu yang lalu…

Sebagai contoh, hari tu masa aku nak pergi bilik pensyarah untuk oral test bahasa perancis (ramai orang kata aku pandai sebab dapat belajar bahasa asing, perancis lagi tu, but the fact takda lah aku ni pandai sangat, terkial-kial juga aku belajar tapi tak dapat A pon) ..ok kembali kepada cerita aku tadi, masa tu aku dalam kelas duduk-duduk menanti pensyarah aku masuk kelas. Aku fikir pensyarah aku ni pilih giliran oral tu ikut urutan nama lah, tetiba dia tunjuk aku dan kawan aku yang selalu duduk sebelah aku ja masa tu (pensyarah tu suka kenakan kami, suka sangat dia panggil nama kami berdua ni L kesian kan, always kami ). Start keluar kelas untuk gerak ke bilik pensyarah tu aku dah rasa lain, tetiba aku mempegunkan diri menghentikan langkah dan berkata “aik, berapa kali dah aku pegi oral ni, situasi ni dah pernah berlaku la” dengan suasana yang sama, lorong jalan tu pensyarah dan kawan aku yang berjalan depan aku … Hah!! ni dia perasaan tu..

Apa yang orang kata tentang Déjà vu Roh?

         Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

         Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


          Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan olehimbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them, well life need to go on kan....

Mainan otak.?                                                                                         

        Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita    berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur -lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu,ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya,kemungkinan  besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

“Hmm…macam pernah jadilah situasi ni”


so, begitulah dejavu ..sesetengah orang peduli dengan dejavu ni, ada juga yang lantaklah...takpa sekadar pengetahuan umum ja ....
  Adios,,.. ;)

Ahad, 3 Mei 2015

EMPAT TEORI YANG DIPELAJARI DALAM PEDAGOGI

1)TEORI BEHAVIORISME

Menurut tokoh pertama behaviorime iaitu Ivan P. Pavlov yang merupakan pelopor konsep pelaziman klasik menyatakan bahawa setiap  rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerakbalas ialah apa-apa sahaja tingkahlaku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga  yang menimbulkan gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Di mana beliau menyatakan terdapat 3 peringkat pelaziman iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman, selepas berlakunya pelaziman. Seterusnya terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov iaitu konsep “generalisasi” yang bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Konsep kedua ialah konsep “diskriminasi” yang diman ianya berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan  yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Konsep ketiga pula ialah “penghapusan” yang berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.

Tokoh behaviorisme seterusnya iaitu J.B Watson iaitu tokoh yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan tentang perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran. Berdasarkan penyelidikan beliau, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan  kepada pelajar dan jenis gerakbalas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerakbalas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan dalam proses pengajaran guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan. Manakala berdasarkan tokoh behavioris yang mengemukakan konsep “pelaziman operan”  iaitu E.L Thorndike. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S–R iaitu stimuli (ransangan) dan responses (tindakbalas). Thorndike telah menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran . Hukum-hukum ini dibahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan yang bermaksud apabila seseorang itu bersedia melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.Di mana hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar. 

Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor , kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Hukum seterusnya ialah hukum latihan, di mana menurut Thorndike , perkaitan antara rangsangan dan tindakbalas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Hukum ketiga ialah hukum kesan, di mana beliau menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan , kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara ransangan dan gerakbalas bertambahkukuh jika terdapat  kesan yang menyeronokkan. Seterusnya ialah teori pelaziman operan Skinner di mana B.F Skinner sependapat dengan  Pavlov tetapi ditunjukkan.menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangkamasa  yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Menurut B.F Skinner dalam teori pelaziman operan gerakbalas boleh dikuatkan (diulangi) dan dihapuskan (tidak diulangi) jika  peneguhan sebaik sahaja gerakbalas .


2) TEORI KOGNITIF:

Jean Piaget telah menjalankan banyak kajian tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dalam bentuk tahap demi tahap. Oleh kerana itu teori perkembangan juga dikenali sebagai teori tahap . Menurut Piaget , kanak-kanak  bina skemata atau struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitarannya atau pengalamannya. Oleh itu, skemata kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oelh kanak-kanak tersebut. Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea  dan konsep yang diguna oleh individu untuk tafsir persekitaran dan sebagai panduan tingkah laku. Skema bermaksud satu struktur kognitif dan skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif.

Manakala menurut Vygotsky, beliau percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Menurut Vygotsky, zon perkembangan proksimal ialah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran . Oleh itu, dengan menilai tahap kebolehan pelajar tersebut menguasai kemahiran dengan bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir, kita dapat memahami idea zon perkembangan proksimal yang diutarakan oleh Vygotsky.


3)TEORI KONSTRUKTIVISME:

Mengikut teori konstruktivisme, dibawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dan pengalaman sedia ada supaya dapat menyelesaikan sebarang perselisihan  yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terdapat maklumat baru. Jean Piaget, pengetahuan berkembang hasil  daripada pembinaan pengetahuan individu selepas pemahamannya. Beliau turut menembah bahawa pengetahuan semasa yang bersifat sementara yakni akan berubah apabila sampai satu tahap.

Menurut Borich dan Tombari (1997) dalam bukunya Educational Psychology beliau menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam otak) antara idea dan fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Oleh sebab itu konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”. Pengajaran konstruktivisme melalui  pembelajaran inkuiri-Penemuan yang diperkenalkan oleh Jerome Bruner (1960). Beliau berpendapat minda menyusun atau mengorganisasi maklumat dalam bentuk hierarki. Proses minda yang terlibat ialah mengkategori dan mengorganisasi. Di mana mengorganisasi bermaksud menyusun maklumat dalam sistem koding.

4)TEORI HUMANISTIK:

Teori humanistik merupakan teori yang bertujuan untuk memotivasikan pelajar. Slavin (1997) ada mengatakan     “..Students who are academically unmotivated to learn do not learn”.  Maka untuk itu, para guru harus mampu untuk melakukan sesuatu supaya pelajar berasa seronok untuk belajar. Salah satu teori yang para guru boleh gunakan ialah teori Hierarki Maslow. Berdasarkan daripada teori hierarki Maslow ini, beliau telah menghuraikan bahawa manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas terlebih dahulu atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat keperluan keselamatan.Dari perspektif Humanistik, mereka menekankan kebolehan pelajar untuk perkembangan peribadi, kebebasan memilih cita-cita atau hala tuju kehidupan dan lain-lain kualiti positif yang memberi motivasi kepada tingkah laku individu atau pelajar.





RUJUKAN

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2002. Psikologi Pendidikan:Pendekatan Kontemporari.
                Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Aziz Abdul Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Seri
Kembangan, Selangor Darul Ehsan:Utusan Publictions & Distributors Sdn Bhd.